Tanda Perempuan Sayang Tapi Ego: Selalu Tak Tunjuk Depan-depan

Perempuan yang sayang tapi mempunyai ego sering kali menunjukkan tanda-tanda kasih sayang secara tidak langsung. Ini kerana ego mereka menghalang mereka daripada menunjukkan kelemahan atau keperluan emosi secara terbuka. Antara tandanya ialah mereka mungkin kerap melakukan tindakan kecil yang menunjukkan perhatian atau prihatin, ingat akan keperluan pasangan tanpa diminta, dan sukar untuk mengungkapkan perasaan atau meminta maaf secara langsung.

Mereka juga mungkin bersikap defensif atau cepat tersinggung ketika perasaan mereka terluka. Namun, dalam masa yang sama, mereka melakukan usaha untuk memastikan hubungan itu tetap berjalan dengan baik. Komunikasi non-verbal seperti penglihatan atau sentuhan menjadi cara mereka menunjukkan kasih sayang.

Tanda perempuan sayang tapi ego

Berikut merupakan tanda-tanda perempuan sayang tapi ego yang lelaki harus tahu.

Perempuan sayang tapi ego kalau dia cemburu

Selalu bila anda tengok dia dengan lelaki lain, dia steady sahaja. Maksudnya kalau lelaki itu cuba pikat perempuan lain depan mata dia ke, sikit pun dia tidak kisah. Tetapi, bila anda yang cuba buat perkara yang sama. Dia tiba-tiba jadi naik angin tidak tentu pasal.

Mulalah muka dia masam sahaja. Apabila anda tanya, dia jawab acuh tidak acuh macam malas nak layan anda sangat. Kadang-kadang sampai berhari-hari dia tak nak bertegur sapa dengan anda dek kerana sakit hati dan cemburu tengok anda layan perempuan lain.

Selalu ambil berat tentang anda

Memang ada perempuan yang bila dia sayang ke suka ke dekat seseorang, dia tidak akan cakap pun yang dia sayang. Tetapi, dia akan guna taktik yang paling mudah nak tahu iaitu dengan mengambil berat tentang anda. Dia akan selalu tanya keadaan anda.

Sebagai contoh, dia akan tanya dah makan ke belum atau sihat tak hari ini. Ada masa kalau anda tengah serabut ke moody ke. Dia akan cuba dekati anda dan minta anda kongsikan masalah anda pada masa itu. Tambahan lagi, orang yang paling risau kalau anda sakit ke atau ditimpa kesusahan, mestilah dia.

Selagi dia tidak tahu berita anda hari itu, selagi itulah dia nampak tidak senang duduk. Dah macam cacing kepanasan dah.

Perempuan sayang tapi ego bila dia selalu pakai apa yang anda suka

Salah satu tanda perempuan sayang tapi ego kalau dia selalu pakai benda-benda yang anda suka. Contohnya kalau sebelum ini dia suka pakai seluar jeans, tetapi bila dia dapat tahu anda suka perempuan yang pakai baju kurung. Dia akan selalu pakai baju kurung bila dengan anda.

Tujuan dia adalah supaya dia nampak lebih outstanding berbanding perempuan lain. Dari sini jugalah dia nak anda sedar yang dia sukakan anda dan dia bagi perhatian yang lebih tentang benda-benda yang anda suka.

Perempuan sayang tapi ego kalau dia kerap bagi hadiah pada anda

Nak kata hari jadi anda bukan. Tetapi, anda selalu dapat hadiah dari dia. Yang paling penting sekali semuanya benda-benda yang memang memenuhi cita rasa anda. Kalau hadiah hari jadi itu tak payah cerita lah. Memang tiap-tiap tahun tidak pernah miss.

Dia pantang dengar kalau anda cerita yang anda perlukan itu, tak ada ini, suka itu dan nak ini. Nanti dia akan mula pasang impian dan diam-diam belikan apa yang anda nak. Memanglah bila dia bagi itu dia tidak akan mengaku yang dia sayang anda, tetapi dia akan sentiasa cipta alasan untuk pastikan anda terima pemberian dia.

Egolah katakan.

Sentiasa ada di waktu anda senang atau pun susah

Mungkin nampak macam klishe kan. Tetapi ini sememangnya betul. Sesungguhnya perempuan yang sayang tapi ego ini akan lebih menyerlah perasaan dia kalau dia selalu ada untuk anda bila-bila masa. Lebih-lebih lagi di waktu anda memerlukan.

Dia akan selalu sokong anda dalam apa jua perkara yang anda ingin lakukan. Kalau anda tengah susah pun waktu itu, dia akan bantu dan tidak pernah sekalipun dia biarkan anda lalui waktu yang sukar itu berseorangan. Bagi dia, kebahagiaan anda adalah lebih penting dari segalanya.

Bila anda buat salah, dia akan tegur

Perempuan yang jenis ego tapi dia sayang ini, kalau dia tahu orang yang dia sayang itu ada buat salah ke atau berperangai tidak elok ke. Dia akan jadi orang pertama yang akan marah dan tegur silap anda.

Dia akan buat anda mengaku kesalahan itu dan minta anda untuk jangan ulangi lagi. Kalau boleh dia nak anda berubah jadi yang lebih baik dari yang sebelum ini. Kalau nasib anda kurang baik hari itu, maka anda akan dengar bebelan dia sepanjang hari tanpa henti.

Perempuan sayang tapi ego tidak suka ditipu

Sebenarnya mana-mana orang pun tidak suka ditipu. Betul tak? Lebih-lebih lagi dengan orang yang dia taruhkan perasaan. Jadi kalau ada perempuan yang sayang anda tetapi dia ego ini, kalau dia tahu anda cuba sorok apa-apa dari dia. Memang anda cari nahaslah.

Dia akan cari tahu sampai ke lubang cacing tentang perkara yang anda sorokkan dari dia itu. Anda akan nampak yang dia akan berubah jadi lebih agresif daripada biasa selagi dia tidak tahu hal yang sebenar. Walaupun hal itu tidak ada kaitan dengan dia sekalipun, dia tetap nak ambil tahu.

Kenapa perempuan masih ego kalau dah sayang?

Lelaki di luar sana mungkin nak tahu, kenapa perempuan ini masih ego kalau dah sayang? Kenapa tidak jujur sahaja tentang perasaan dia yang sebenarnya?

Kalau anda nak tahu, perempuan ini sebenarnya dia bukan ego sangat. Ego itu sikit sahaja peratus dia. Yang lain-lain itu semua sebab malu. Bukan lelaki sahaja yang takut kalau cinta bertepuk sebelah tangan. Perempuan pun sama. Satu lagi sebab dia takut dilabelkan sebagai “perigi cari timba”.

Ada perempuan yang tidak tahu cara berkomunikasi yang baik dengan lelaki. Dia tiada keyakinan untuk mengahadapi risiko selepas itu. Oleh sebab itu dia lebih memilih untuk pendam sahaja perasaan dia daripada berterus-terang. Namun, ada lelaki yang ambil hati dan tiba-tiba diam membisu.

Bukan susah sangat nak tahu tanda perempuan suka kita walaupun dia ego. Apa yang anda harus buat adalah dengan menjadi seorang lelaki yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi pada tindakan perempuan-perempuan yang ada di sekitar anda.

Yang lelaki ini pula kalau dah tahu si perempuan itu memang sayangkan anda. Janganlah pula anda mainkan perasaan dia kalau anda tidak merasakan perasaan yang sama. Sebaik-baiknya anda cubalah mulakan langkah terlebih dahulu untuk berterus-terang dengan dia.

Jangan beri harapan palsu. Tetapi, kalau anda memang dah suka sama suka. Jangan pula tunggu lama-lama. Cepat-cepatlah proceed ke fasa seterusnya.

Leave a Comment