Resepi Sambal Udang Yang Sedap dan Pedas

Sambal udang adalah hidangan lazat yang terkenal dalam masakan Melayu dan Indonesia. Sambal tersebut yang merupakan pes cili pedas, biasanya dibuat daripada campuran cili, bawang merah, bawang putih, belacan, gula, garam dan asam jawa.

Hidangan ini menawarkan paduan rasa yang kompleks, lengkap dengan kepedasan dari cili, keharuman dari belacan, serta manis dan masam yang seimbang. Ini menjadikan sambal udang popular sebagai lauk yang sedap dimakan bersama nasi lemak.

Resepi Sambal Udang Mudah

Bahan-bahan

  • 700g Udang
  • 3 biji Bawang besar (blend)
  • 4 ulas Bawang putih (blend)
  • 2 biji Bawang potong bulat
  • 1 paket cili boh (250g)
  • 1 buku kecik gula nisan (hiriskan)
  • 1/2 sudu pes asam jawa
  • Garam
  • Minyak

Cara nak buat Sambal Udang

  1. Panaskan minyak dan goreng dulu udang, tapi jangan lama nanti keras bagi juicy, dah masak boleh asingkan udang di pinggan lain.
  2. Guna minyak udang tadi untuk tumis bawang merah dan bawang putih yang dah di blend sehingga wangi.
  3. Masukkan cili boh dan masak sehingga garing. (jika kurang minyak boleh tambahkan lagi sebab nak pastikan cili masak garing).
  4. Jika nak basah boleh tambahkan air sikit. Then masukkan gula nisan dan perasakan dengan garam. Masukkan udang yang dah digoreng tadi gaul sekali. Siap!

Sumber: Hurun’lin Malik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan

  • 30 ekor udang – gaul dgn kunyit dan garam sikit. Goreng sekejap dan ketepikan
  • 3 biji Bwg besar
  • 4 ulas Bwg putih kisar sampai halus
  • 2 senduk cili kisar
  • Segenggam petai – dibelah dua
  • 1/2 sb asam jawa
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • Serbuk pati ikan bilis
  • Gula
  • 1 biji bwg besar potong bulat

Cara nak buat Sambal Udang Petai

  1. Tumis bawang kisar. Agak dalam2 3 minit, masukkan cili kisar. Kacau sebati. Masuk semua sos dan asam jawa.
  2. Masukkan petai. Kemudian masukkan serbuk ikan bilis, garam jika perlu dan sikit gula nak bagi balance rasa.
  3. Last sekali masukkan udang dan bawang potong. Kacau rata, tak perlu lama sangat sebab udang dah goreng awal. Padam api. Siap.

Sumber: Kamisah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Resepi Sambal Udang Sedap

Bahan-bahan

  • Udang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering (bersihkan dan rebus)
  • Halia
  • Air asam jawa
  • Bawang holland potong bulat (optional)

Cara nak buat Sambal Udang Sedap

  1. Blend bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering sampai halus letak minyak sikit.
  2. Tumis bahan yang dah blend sampai garing and pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan cukup rasa.
  3. Masukkan udang. Last sekali baru masukkan bawang holland.

Sumber: Ekin Latif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Resepi Sambal Petai Mudah

Bahan-bahan

Bahan blender

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Serai Tomato
  • Cili kering

Cara nak buat Sambal Petai Mudah

  • Tumis sampai pecah minyak, dan letak gula melaka sikit, kiub ayam knorr, garam sikit. Dah pecah minyak,rasa semua dah okay, baru letak udang dengan petai.
  • Masak, bagi sebati betul- betul udang dengan sambal.

Sumber: Noor Leeda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Rugi jika tak cuba resepi yang enak ini. Cuba ya buat!

Selamat mencuba!

Leave a Comment