Punca Pening Kepala: Jangan Biar Berpanjangan

Sakit kepala yang berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tekanan, kurang tidur, dehidrasi, perubahan hormon, atau masalah penglihatan. Antara penyebab lain ialah keadaan tidak selesa seperti migrain, ketegangan otot kepala dan leher, serta gangguan tidur.

Selain itu, pengambilan makanan tertentu yang mengandungi MSG atau aspartame, serta penggunaan alkohol dan kafein secara berlebihan, boleh menyumbang kepada masalah ini. Sakit kepala yang berpanjangan mungkin juga menandakan masalah kesihatan yang lebih serius seperti hipertensi, jangkitan, atau masalah neurologi.

Apa beza sakit kepala dan pening kepala?

Sakit kepala dan pening kepala merupakan dua kondisi yang berbeza. Sakit kepala merujuk kepada rasa sakit yang dialami pada mana-mana bahagian kepala, yang berupa denyutan atau tekanan yang berterusan. Pening kepala pula adalah rasa berputar yang dialami seseorang, yang boleh dirasakan pada diri sendiri atau persekitaran sekeliling, yang boleh menyebabkan ketidakstabilan atau kehilangan keseimbangan.

Sakit kepala biasanya disebabkan oleh tekanan, migrain, atau ketegangan otot, manakala pening kepala boleh disebabkan oleh masalah pada telinga dalam, perubahan tekanan darah, atau isu keseimbangan. Sila rujuk jadual ringkas di bawah untuk melihat perbezaaan antara sakit kepala dan pening kepala.

CiriSakit KepalaPening Kepala
DefinisiRasa sakit di kepala, boleh jadi di satu atau kedua-dua belah kepala.Rasa seperti berputar atau lingkungan sekitar berputar, menyebabkan ketidakstabilan.
PenyebabTekanan, dehidrasi, migrain, ketegangan otot.Masalah telinga dalam, perubahan tekanan darah, dehidrasi.
SensasiRasa sakit di kepala, rasa berdenyut-denyut atau tekanan.Rasa berputar, hilang keseimbangan, kadang-kala disertai mual.
Cara MengatasiUbat penahan sakit, rehat, elakkan cahaya terang.Mengelakkan pergerakan mendadak, ubat anti-vertigo, rehat.
KesanBoleh mengganggu aktiviti harian kerana sakit.Boleh menyebabkan jatuh atau kecelakaan kerana hilang keseimbangan.
DiagnosisPemeriksaan fizikal, sejarah medis, kadang-kala memerlukan pengimejan.Pemeriksaan keseimbangan, pendengaran, tekanan darah.
Perbezaan sakit kepala dan pening kepala

Jenis pening kepala

Ada macam-macam jenis kepala. Ada orang yang pening kepala berpusing, ada yang pening sampai muntah. Tidak kurang juga ada yang pening kepala waktu pagi sahaja. Yang sakit di bahagian tertentu pun ada juga: iaitu sebelah kiri, kanan dan belakang.

Ada pula yang mengikut musim, hanya pening kepala selepas makan during.

Apa pun, secara amnya, pening kepala dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori primer dan sekunder.

Kategori primer

Kategori primer adalah pening kepala yang menyerang dan mengganggu jadual harian seseorang serta menghalang daripada melaksanakan tugas-tugas tertentu. Tetapi ia tidak membawa kepada kemerosotan kesihatan pada jangka masa yang lama.

Antara contoh pening kepala primer ialah migrain, pening disebabkan tekanan atau ‘tension’ dan pening kepala ‘cluster’.

1 daripada 4 orang wanita didiagnosis mengidap migrain berbanding hanya 1 daripada 12 orang lelaki. Antara simptom-simptom migrain termasuklah:

  • sakit yang sebelah bahagian kepala sahaja
  • denyutan yang kuat dan menyakitkan dirasai
  • kepala akan berasa tambah sakit jika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal
  • sakit akan berlanjutan 2 hingga 3 jam dan berlaku dengan kerap dalam seminggu

Berbeza dengan migrain yang sakitnya hanya tertumpu di sebelah bahagian kepala sahaja, pesakit yang didiagnosis dengan pening kepala disebabkan tension akan sering mengadu rasa sakit di sekeliling kepala dan di belakang leher.

Bagi mereka yang diserang pening kepala ‘cluster’, kesakitan akan dirasai di sekitar kawasan mata dan boleh menyebabkan mata merah serta berair. Hidung juga akan tersumbat disebabkan pening kepala jenis ini. Kebanyakan pesakit yang mengadu pening kepala ‘cluster’ ini adalah terdiri daripada kaum lelaki.

Kategori sekunder

Berbeza dengan kategori primer, pening kepala yang dikategorikan sebagai jenis sekunder menyebabkan kemerosotan kesihatan secara keseluruhannya dan bahaya untuk jangka masa panjang.

Kebiasaannya, pening kepala adalah antara simptom yang dikaitkan dengan penyakit-penyakit lain. Pening kepala sebegini adalah jenis pening kepala sekunder.

Rasa pening kepala di sekitar dahi, mata dan pipi selalu disebabkan sinus. Kadang-kadang, orang yang mengalami sakit perut juga akan mengalami rasa pening kepala. Selain daripada itu, salah satu simptom penyakit vertigo atau ketidakseimbangan badan juga akan menyebabkan pening kepala.

Pening kepala yang tergolong dalam kategori ini selalunya hanya akan lega apabila sakit yang menjadi punca pening kepala itu dirawati.

Punca pening kepala

Secara amnya, pening kepala yang disebabkan migrain, tekanan atau ‘cluster’ berkait rapat dengan cara dan gaya hidup seseorang.

Antara punca terjadinya pening kepala primer ini adalah:

Pemakanan

Pemakanan yang banyak mengandungi kafein, buah-buahan sitrus, keju, yogurt dan sebagainya. Alkohol juga antara faktor diserang pening kepala.

Persekitaran

Persekitaran yang dicemari dengan asap rokok, cahaya yang terlalu terang dan terdedah dengan bau yang kuat seperti asap kereta dan sebagainya juga boleh menyebabkan pening kepala.

Hormon

Perubahan hormon atau pengambilan ubat-ubat yang mengandungi hormon-hormon tertentu juga menjadi faktor kepada pening kepala kategori primer ini.

Psikologi

Keadaan psikologi yang tidak stabil desebabkan trauma pada sesuatu insiden, ataupun perubahan fizikal seperti jadual tidur yang tidak mengikut rutin yang sepatutnya juga boleh menyumbang kepada punca pening kepala.

Cara hilangkan pening kepala

Selain daripada mendapatkan ubat dan nasihat daripada doktor, pesakit yang mengalami pening kepala boleh melakukan perkara berikut untuk mengatasi dan merawatinya:

Hilangkan pening kepala dengan mencari ketenangan

Mencari ketenangan dengan mengelakkan diri daripada berada di tempat yang bising adalah cara jangka pendek yang boleh diambil jika anda diserang pening kepala.

Bagi pesakit yang mengidap migrain mengasingkan diri di dalam bilik yang tidak terlalu terang dan berehat dengan secukupnya akan membantu mengurangkan simptom penyakit itu.

Hilangkan pening kepala dengan ubah jadual tidur

Jadual tidur yang betul membantu mengurangkan pening kepala. Tidur dapat merehatkan minda dan badan daripada bekerja keras. Pastikan jadual tidur anda tidak terganggu dan mengikut rutin yang sepatutnya.

Makan makanan sihat

Mengamalkan pemakanan sihat dan berjadual juga membantu mengatasi masalah pening kepala. Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan pening kepala seperti kopi, coklat, keju mahupun alkohol.

Hilangkan pening kepala dengan amalkan gaya hidup sihat

Amalkan cara hidup yang sihat. Bersenam dan beriadah adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi sakit migrain. Badan kita akan mengeluarkan sejenis bahan kimia ketika beriadah yang boleh menghalang diri sakit kepala.

Jangan tertekan

Mengawal minda dan perasaan juga penting bagi mengelakkan diri daripada pening kepala. Dekatkanlah diri dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti berdoa, bersolat, mengaji dan sebagainya. Uruskan masa dengan supaya tenang dan tidak berasa tertekan dalam segala urusan.

Cara merawat pening disebabkan tekakan

  1. Letak pek ais di kepala selama 5 hingga 10 minit
  2. Mandi dengan air panas untuk melegakan otot-otot tegang
  3. Perbaiki postur anda
  4. Kurangkan diri dari terlalu lama bekerja di hadapan komputer atau telefon pintar

Cara merawat pening disebabkan ‘cluster’

Tidak seperti migrain atau pening disebabkan tekanan, mereka yang menghidapi sakit ini perlu mendapatkan rawatan dari doktor untuk merawat sakit ini.

Ubat yang doktor berikan bukanlah menghalang rasa sakit, tetapi lebih cenderung untuk memberi kelegaan dengan menggunakan prinsip terapi oksigen.

Rawatan doktor lebih tertumpu kepada mengurangkan jangkamasa pening kepala serta kekerapan penyakit ini menyerang pesakit.

Leave a Comment