Pantang Larang Gout: Apa Yang Perlu Dihindari?

Pantang larang bagi pesakit gout melibatkan beberapa aspek pemakanan dan gaya hidup untuk mengelakkan peningkatan asid urik dalam darah yang boleh menyebabkan serangan gout. Pesakit disarankan untuk mengelakkan makanan tinggi purin seperti daging merah, organ dalaman (seperti hati dan ginjal), ikan berlemak (seperti sardin dan mackerel), kerang, dan juga minuman beralkohol, terutamanya bir. Selain itu, elakkan pengambilan minuman manis yang kaya dengan fruktosa.

Pengambilan sayur-sayuran tinggi purin seperti bayam dan asparagus boleh dimakan dalam jumlah sederhana. Banyakkan minum air, jaga berat badan, dan lakukan aktiviti fizikal secara teratur. Pesakit gout disarankan untuk mengambil makanan yang rendah purin, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan produk tenusu rendah lemak untuk membantu mengawal tahap asid urik dalam darah.

Makanan pantang gout (Perlu dielakkan, tinggi purin)

Menurut laman web MyHealth, Makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi iaitu antara 150-825mg purin bagi 100g makanan, perlu dielakkan.

Makanan pantang gout ialah yang berprotein

Antara jenis makanan berprotein yang perlu dielakkan ialan ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang dan ikan kembung.

Elakkan makan sup dari ekstrak daging dan kambing

Sup daging dan kambing juga tinggi kandungan purin. Lebih-lebih lagi dari ekstrak daging, dan bukan dari daging segar.

Jangan minum arak / minuman beralkohol

Pertama sekali, bagi orang Islam, sudah tentu haram.

Selain itu, alkohol juga bertukar menjadi gula di dalam tubuh badan manusia dan memberikan kesan lebih buruk lagi pada sakit gout yang dihidapi.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mempelajari tentang jenis makanan atau minuman yang boleh bertukar menjadi gula di dalam tubuh badan anda.

Untuk menurunkan paras asid urik anda, anda perlu mengelakkan gula dalam diet anda secara konsisten.

Makanan pantang gout (boleh diambil sedikit, sederhana purin)

Makanan yang mempunyai kandungan purin yang sederhana iaitu antara 50-150mg purin bagi 100g makanan, masih boleh dinikmati. Cuma kena berhati-hati, jangan berlebihan.

Mengehadkan makanan berprotein

Pantang larang gout yang seterusnya, masih lagi tentang makanan berprotein.

Ini adalah jenis makanan yang masih lagi boleh diambil, tetapi tidak boleh berlebihan. Antaranya ialah iakan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, kacang lentil, kacang dal dan kacang peas. Ambil sekitar 2/3 hidangan sehari sahaja.

Makanan pantang gout ialah bijirin

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bijirin akan bertukar menjadi gula di dalam tubuh badan manusia di mana seperti yang diterangkan di atas, pengambilan gula secara berlebihan akan memberikan kesan yang buruk bagi penghidap gout.

Makanan yang sederhana purin ialah roti bijiran penuh, oat dan bran gandum. Hadkan dalam 2/3 cawan sehari.

Oleh itu, sebagai salah satu pantang larang gout, anda amat disyorkan supaya mengehadkan pengambilan bijirin sama sekali dalam diet harian anda. Ianya juga merupakan punca keradangan pada tubuh badan anda.

Mengehadkan pengambilan sayur-sayuran

Antara jenis sayur yang perlu dihadkan ialah asparagus, kekacang, cendawan, bayam dan kubis bunga. Jangan terlalu banyak.

Hadkan dalam 1/2 cawan sehari.

Ikut pantang larang gout ini, anda pasti sihat.

Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan gula

Berdasarkan kepada pelbagai kajian dan pemerhatian, gout adalah sinonim dengan golongan yang mengamalkan pengambilan gula secara berlebihan, terutamanya sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS).

Bagi para penghidap, anda amat digalakkan untuk membaca label bagi kesemua makanan dan minuman anda terlebih dahulu kerana sekiranya anda menemui HFCS maka elakkannya daripada diet anda.

Selain itu, kenalpasti gula tambahan di bawah nama lain yang biasa digunakan untuk gula; kebiasannya mempunyai perkataan ‘cose’ pada akhir perkataan di mana kemungkinan besar ia adalah jenis gula yang perlu anda elakkan.

Mengelakkan pengambilan minuman soda dan diet soda

Minuman soda dan soda diet mengandungi pemanis sama ada semulajadi mahupun tiruan yang menyumbang kepada gout.

Tahukah anda bahawa terdapat kajian yang mendapati bahawa hanya dengan pengambilan dua hingga tiga minuman yang manis dalam seminggu berpotensi meningkat peluang seorang lelaki untuk mendapat penyakit gout sebanyak 85%.

Ikutlah pantang larang gout ini. Tak perlu minum Coke atau Pepsi. Air masak itu lebih baik.

Yang terbaik, melakukan senaman

Oleh kerana obesiti sentiasa dikaitkan dengan gout, bersenam secara berterusan merupakan langkah yang baik jika anda ingin mempercepatkan proses penyembuhan penyakit gout yang dialami.

Lakukan senaman “burst” dan angkat berat untuk memaksimumkan manfaat kesihatan anda dari senaman.

Apakah senaman “burst”?

Ia merupakan senaman dengan menggunakan 90-100 peratus keupayaan maksimum anda selama 30-60 saat, diikuti dengan senaman pemulihan dengan impak rendah selama 30-60 saat.

Senaman ini amat berkesan untuk membakar gula yang tersimpan dalam tubuh anda (glikogen). Senaman seharusnya menjadi sebahagian daripada hidup anda tidak kira sama ada anda menghidap penyakit gout ataupun tidak.

Sila betul-betul ikut pantang larang gout, yang semuanya berkisarkan tentang pemakanan yang sihat.
Semoga anda sihat sentiasa!

Leave a Comment