Kenapa Lelaki Tiba-tiba Senyap: Diam Membisu Seribu Bahasa

Lelaki mungkin tiba-tiba menjadi senyap dalam komunikasi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan emosi, kesibukan dengan tanggungjawab kerja atau peribadi, atau mungkin mereka sedang berusaha memproses masalah atau perasaan sendiri. Ini juga salah satu cara lelaki untuk mengelak dari konflik atau situasi yang mereka rasa tidak dapat mereka hadapi pada masa itu.

Keputusan lelaki untuk tidak berkomunikasi diambil sebagai suatu bentuk ruang peribadi untuk merenung atau menilai semula hubungan suami isteri, atau apa sahaja situasi yang sedang dihadapi. Lelaki yang diam tiba-tiba bukanlah sesuatu yang negatif, kerana ia boleh jadi merupakan mekanisme adaptasi atau cara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi masalah yang dihadapi.

Kenapa lelaki mendiamkan diri?

Berikut adalah senarai kenapa lelaki tiba-tiba senyap seribu bahasa dengan perempuan:

Lelaki memang jenis tak banyak cakap

Artikel dari PsychologyToday mengatakan bahawa lelaki beranggapan bahawa banyak cakap itu menggambarkan yang ia tidak maskulin.

Senang cerita, nampak tak macho.

Itu sebab dia tak banyak cakap. Bila tak banyak cakap, maka dia memilih untuk diam sahaja.
Cuma orang perempuan tak biasa. Macam pelik pula.

Lelaki diam bila ada masalah

Seperti artikel sebelum ini, lelaki memang tidak mahu menyusahkan pasangan, yang akan buat diri dia lagi kacau bilau. Tahulah sifat perempuan. Bila si lelaki ada masalah, dia seboleh-bolehnya mahu bantu.

Cuma si lelaki ini mahukan ruang untuk berfikir sendiri. Dia mahu jadi hero pada diri sendiri, untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Bukan dia tidak menghargai pertolongan dari si perempuan tadi. Sekadar mahu selesaikan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Lelaki mendiamkan diri bila tak cukup duit

Ini pun salah satu masalah. Bayangkan kalau si lelaki beritahu pasangan, yang dia ada masalah kewangan. Boleh bayangkan apa yang akan berlaku.

Mulalah si perempuan itu menggelabah.

Si lelaki maintain selamba.

Lelaki diam bila marah

Ini antara sebab kenapa lelaki diam membisu. Dia marah dengan perangai pasangan, tetapi tidak mahu meluahkan rasa marah. Lebih rela simpan dalam hati.

Dari luar nampak tenang sahaja air muka. Marah memang marah. Cuma dia pandai kawal supaya tak keluar perangai amarah sebenar yang dikuasai syaitan.

Katanya, biarlah simpan dalam hati,  lama-lama akan hilang juga.

Tapi entah bila agaknya.

Untung dapat pasangan yang begini.

Lelaki mendiamkan diri bila bergaduh

Bergaduh tak semestinya marah. Marah tak semestinya kena angkat suara tinggi.

Ikutlah siapa yang salah, selalunya si lelaki akan beralah. Mungkin ada juga yang jenis angkat tangan pada pasangan, tetapi rasanya tidaklah ramai.

Kebanyakan lelaki akan ambil pendekatan untuk dia bila bergaduh sebab mahu menangkan pasangannya.

Biarlah pasangan kata dia apa sekalipun, dia redha.

Lelaki diam sebab tak mahu sakitkan hati perempuan

Lebih baik diam. Kalau buka mulut, takut si perempuan terasa sakit hati.

Ada bagusnya pendekatan begini.

Cuma ia tetap tak akan selesaikan masalah yang timbul antara mereka berdua.

Lelaki bila diam, akan ambil masa lama

Tidak seperti orang perempuan yang cepat move-on, lelaki ambil masa yang agak lama untuk dia memproses apa yang ada dalam otak dia.

Kenapa lelaki memilih untuk diam. Itu tandanya dia mahu masa, bukannya dia jenis lelaki ego. Jadi, berikan dia masa. Lelaki jarang mesej, bukan bermakna dia tak peduli.

Biarlah. Lama-lama akan baik semula.

Lelaki diam bila ditanya

Jangalah terlalu mengasak si lelaki dengan pelbagai persoalan. Dia rimas. Rimas bila asyik tanya dia macam-macam. Sebab itu, ada situasi si lelaki akan ignore pasangannya.

Bila dijawab, makin teruk lagi diasak.

Untuk pengetahuan, lelaki curang biasanya tidak mendiamkan diri. Dia akan lebih tunjukkan kasih sayang pada pasangan.

Pokoknya di sini, jangan tuduh lelaki macam-macam.

Lelaki mendiamkan diri bila cemburu

Ini adalah tanda kasih dan sayang dia. Tidak mahu bertindak melulu, maka dia ambil jalan mudah untuk mendiamkan diri.

Sebenarnya, dia tunggu penjelasan dari pasangan, kenapa dia berbuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati dia.

Sesuatu yang buatkan diri cemburu.

Cuma, cemburu sesekali bolehlah. Nampak comel.

Bila selalu sangat, geli.

Natijahnya, bila sudah menjadi seorang isteri, janganlah sesekali buat suami cemburu. Jauhilah perhubungan dengan lelaki lain, dan fokus pada suami sahaja.

Lelaki diam bila merajuk

Lebih kurang sama dengan merajuk bila cemburu. Cuma ada lelaki yang cemburu tapi dia tak merajuk.

Sekali lagi, merajuk sesekali bolehlah. Nampak comel.

Bila selalu sangat, rasa nak termuntah pula.

Jika ada perkara yang membelenggu kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, juga suami dan isteri, berkomunikasilah antara satu sama lain.

Wahai lelaki, mungkin berdiam diri itu satu escapism untuk anda. Sebaliknya, ia adalah misteri bagi wanita. Dia akan rasa terpinga-pinga. Bagaikan perkara ini masih tergantung.

Bahaya jika pendamkan lama-lama. Takut jadi lebih teruk dan tidak boleh dikawal. Lebih membimbangkan, akan melakukan sesuatu yang gila dan di luar kawalan.

Kenapa lelaki senyap kalau perempuan tunjuk sifat ego?

Apabila seorang perempuan bersikap ego, lelaki memilih untuk senyap sebagai cara untuk mengelakkan konflik atau situasi yang lebih tegang. Contohnya ialah apabila lelaki nampak tanda perempuan sayang dia, tetapi si perempuan tetap ego tidak mahu melafazkannya.

Lelaki tidak akan panjangkan cerita dan mungkin akan terus diam kerana setiap cubaan untuk berkomunikasi boleh ditafsirkan sebagai konfrontasi, yang mungkin memburukkan lagi keadaan.

Senyap juga boleh jadi cara bagi lelaki untuk mengambil masa memproses situasi dan mencari pendekatan yang lebih bijak untuk menangani masalah tersebut. Ada lelaki rasa tidak yakin untuk menangani keegoan pasangan atau sudah penat untuk mencarai penyelesaian yang memuaskan kedua belah pihak.

Oleh itu, senyap menjadi mekanisme pertahanan atau strategi penyelesaian konflik sementara dan akan terus mencari jalan yang lebih produktif untuk berdialog.

Leave a Comment