Hubungan Jarak Jauh Suami Isteri: Ujian dan Kekurangan Bagi Pasangan Berkahwin

Hubungan jarak jauh antara suami dan isteri sering kali dihadapi dengan pelbagai kekurangan yang boleh menimbulkan cabaran terhadap keharmonian rumah tangga. Salah satu kekurangan utama adalah kurangnya komunikasi bersemuka yang dapat menyebabkan salah faham dan ketidakpastian dalam hubungan. Ketiadaan interaksi fizikal juga mengurangkan peluang untuk menunjukkan kasih sayang secara langsung, yang penting dalam memperkuat ikatan emosi antara pasangan.

Selain itu, masalah kepercayaan mungkin timbul kerana ketiadaan dan kurangnya pengawasan, yang boleh menyebabkan rasa cemburu. Apabila ini berlaku, konflik atau masalah sukar diselesaikan tanpa berhadapan. Sokongan dalam bentuk emosi dan fizikal dalam masa-masa sukar bila berjauhan juga merupakan salah satu kekurangan yang besar.

Kekurangan hubungan jarak jauh suami isteri

Di bawah ini merupakan senarai kekurangan hubungan PJJ suami isteri yang dapat kami kenalpasti dan harus anda tahu.

Hubungan jarak jauh susah nak bincang kalau ada perselisihan faham

Memang betul zaman sekarang ini teknologi dah canggih. Walaupun anda bercinta jarak jauh, anda masih boleh berhubung melalui panggilan telefon, chat atau buat video call menggunakan pelbagai aplikasi yang ada di telefon pintar anda.

Namun begitu, kalau anda sedang ada masalah dengan pasangan anda. Ia tidak boleh diselesaikan dengan mudah dengan hanya menggunakan panggilan telefon atau video. Hubungan jarak jauh ini buat anda susah untuk berbincang secara berdepan kalau ada yang tidak kena dengan hubungan anda kerana anda tidak dapat memastikan emosi sebenar pasangan anda pada waktu itu.

Feel antara berbincang secara bersemuka dan di dalam maya adalah sangat berbeza. Sama ada anda atau pasangan anda boleh menyembunyikan perkara yang sebenarnya.

Munculnya pihak ketiga atau kecurangan pasangan

Ini adalah salah satu kekurangan hubungan jarak jauh yang tiada sesiapapun inginkan. Walaupun sebenarnya dekat atau jauh pasangan anda, itu tidak menjadi masalah kalau dia nak curang. Tetapi, kemungkinan adanya orang ketiga dan untuk dia mengkhianati hubungan anda adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang bercinta dekat-dekat.

Mana tidaknya, apa yang pasangan anda buat pun anda tidak dapat pastikan dengan betul dan dia boleh sahaja tipu anda untuk keluar dengan sesiapa yang dia inginkan kerana anda tidak akan tahu. Tambahan lagi, apabila anda jauh dan dia memerlukan perhatian. Di situlah munculnya orang ketiga dan kecurangan dalam percintaan.

Pahit untuk ditelan tetapi risiko itu ada.

Hubungan jarak jauh menguji kekuatan hubungan

Kalau bercinta dekat-dekat pun banyak ujian apatah lagi untuk hubungan jarak jauh. Bukan mudah untuk menempuh hubungan jarak jauh kalau hati tidak kental. Dari hubungan yang jauh inilah kekuatan, kesetiaan dan kepercayaan adalah lebih penting daripada perasaan cinta semata-mata.

Sesungguhnya bercinta jarak jauh adalah memerlukan lebih banyak pengorbanan dari segala aspek. Kalau tidak kuat untuk menempuh ujian pjj. Lupakan sahaja hasrat untuk bercinta dengan orang yang jauh.

Hubungan jarak jauh mengurangkan masa bersama

Apabila sudah pjj ini, semestinya anda tidak dapat selalu berjumpa atau meluangkan banyak masa bersama seperti pasangan lain. Contohnya kalau ada kawan-kawan anda yang bercinta satu kolej dan selalu pergi dating waktu hujung minggu. Anda tidak dapat melakukannya bersama pasangan anda.

Disebabkan jarak yang memisahkan ini, anda akan lebih banyak menghabiskan masa dengan gajet anda berbanding berinteraksi dengan dunia luar kerana itu sahaja satu-satunya cara untuk anda merasa lebih dekat. Kalau nak dekat lagi, salah seorang kena melawat tiap-tiap hujung minggu.

Jadi, lebih sedikit masa yang anda luangkan bersama. Lebih goyah hubungan antara anda dengan pasangan. Hipotesis diterima!

Lebih banyak perasan yang terpendam antara pasangan

Hubungan jarak jauh ini membuat anda lebih banyak memendam perasaan daripada mampu meluahkan segalanya yang terbuku di hati anda. Oleh kerana banyak sangat pendam, maka lama-lama anda atau pasangan anda boleh jadi tawar hati dengan hubungan itu dan mula merasa bosan untuk meneruskan perhubungan.

Apabila keadaan seperti ini berlaku akan wujudlah hubungan yang tidak sihat dan salah seorang akan mula berpura-pura sedang bahagia bercinta dan seorang lagi akan makan hati kerana tidak menerima tindak balas yang diharapkan dari pasangan.

Tidak pasal-pasal kena tipu hidup-hidup.

Hubungan jarak jauh buat rasa rindu itu menjadi sakit

Anda pernah dengar tidak orang kata putus cinta itu tidak sakit tetapi rasa rindu itu yang buat jadi sakit. Jangan buat main dengan rasa rindu ini. Ada orang yang rindukan seseorang sehingga boleh jadi gila. Oleh itu, salah satu kekurangan hubungan jarak jauh ini adalah apabila anda merasakan rindu kepada si dia tetapi tidak mampu melakukan apa-apa.

Kalau rindu rumah sebelah-sebelah tidak apa lagi. Tetapi kalau rindu seorang di Malaysia dan seorang lagi di London, macam mana nak buat? Tak pasal-pasal kena fly ke London waktu itu juga.

Kalau bercakap dalam telefon pun bukan sama dengan kita jumpa depan-depan. Selagi tidak jumpa selagi itulah rasa rindu itu tidak hilang. Kadang-kadang sampai kita tidak boleh nak fokus buat kerja kerana terlalu rindukan si dia.

Tidak dapat mengenal pasangan dengan lebih dekat

Perkataan dekat dalam konteks ini bukan bermaksud berada berdekatan tetapi mengenai lebih erat dan mendalam. Apabila anda berhubungan jarak jauh, anda tidak dapat mengenal pasangan anda dengan lebih dekat kerana tidak dapat melakukan banyak aktiviti bersama-sama dan tidak ada di waktu si dia memerlukan.

Disebabkan jaraklah anda tidak dapat mengetahui lebih banyak tentang apa yang sebenarnya si dia suka makan, baju apa yang dia suka pakai dan lebih banyak lagi yang berkaitan si dia. Anda hanya boleh menzahirkan segala-galanya dengan kata-kata anda berbanding effort.

Hubungan jarak jauh adakalanya mendapat tentangan keluarga

Hal ini sangat jarang berlaku tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Untuk pengetahuan anda, memang ada sebenarnya hubungan jarak jauh yang mendapat tentangan hebat daripada keluarga masing-masing. Ini kerana wujudnya rasa tidak yakin daripada keluarga yang hubungan itu boleh berakhir dengan baik jika bercinta jarak jauh.

Tentangan keluarga ini lebih terasa apabila anda dan pasangan anda telah menjalin hubungan percintaan yang telah bertahun-tahun lamanya tetapi tiada sebarang pembaharuan di dalam hubungan itu. Tetapi, kalau difikirkan balik ibu, ayah atau adik-beradik anda mesti mahukan yang terbaik.

Jika hubungan itu sudah tidak dapat diselamatkan, lebih baik putuskan sahaja daripada menjadi hubungan yang sia-sia untuk waktu yang lebih lama.

Kenapa komunikasi dalam perkahwinan itu penting?

Komunikasi dalam perkahwinan adalah penting kerana ia merupakan tulang belakang hubungan yang sihat, yang membolehkan pasangan suami isteri untuk berkongsi perasaan, pemikiran, dan harapan mereka dengan cara yang membina dan positif.

Melalui komunikasi dua hala suami isteri yang efektif, pasangan dapat memahami dan menghormati perbezaan antara satu sama lain, menyelesaikan konflik dengan cara yang matang, dan menguatkan ikatan emosi. Tanpa komunikasi yang baik, salah faham dan ketegangan boleh berlaku dan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati. Komunikasi yang terbuka dan jujur adalah kunci untuk menguatkan lagi hubungan perkahwinan dan memastikan kedua-dua pihak merasa didengar, dihargai, dan dicintai.

Hubungan jarak jauh itu mencabar. Namun, segalanya bergantung kepada niat anda yang sebenarnya. Jika anda betul-betul sayang akan hubungan anda. Usaha dan jagalah hubungan itu sebaik mungkin sehingga anda berjaya disatukan satu saat nanti.

Satu lagi nasihat kami adalah hargai apa yang ada dengan anda sekarang supaya anda tidak akan menyesal akan datang. Buat anda yang telah kecundang dan putus di tengah jalan, belajarlah bagaimana cara melupakan seseorang yang kita sayang dan cintai. Move on because life must go on.

Leave a Comment